Wahai anak kesayangku , mak petik dari surah Luqman;
(Luqman
menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya
jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih
sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi,
sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana
sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala
yang tersembunyi.
Sesungguhnya REDA ALLAH ADALAH REDA IBU AYAH
Anakku,
Perubatan Adalah
Pilihan MU
Dikau sebenarnya bertuah dipilih Allah
SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia
dan dunia. Apapun yang mendorong kamu membuat keputusan menjadikan bidang ini
pilihan,kamu sudah sampai di sini!
Pengajar kamu bukan hanya professor dan pensyarah perubatan,
malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi
tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu
diberi penghormatan.
Yang paling utama, akhlak kamu – menjadi pembeza utama
antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh.
Bertuahlah bagi kamu yang sememangnya
sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan
santun semenjak dari rumah lagi.
Jadilah pengamal perubatan
yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak
pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi
bimbinganNya buat anakku.
Pesan Mak Lagi dipinjam dari;
25 Pesanan Luqmanul Hakim
01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia
ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila
engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN
yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada Allah
(SWT).
02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan
dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah
(SWT). Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan
sentiasa menerima kemuliaan dari Allah (SWT) juga.
03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina
dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah (SWT), maka dia tawadduk
kepada Allah (SWT), dia akan lebih dekat kepada Allah (SWT) dan selalu berusaha
menghindarkan maksiat kepada Allah (SWT).
04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah
kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah
bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan
gelisah di waktu malam.
06 – Dan selalulah berharap kepada Allah (SWT)
tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah (SWT). Takutlah
kepada Allah (SWT) dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan
terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah (SWT).
07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas
hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak
akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi
pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi
daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
jahat.
09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan
orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik,
sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu
mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja
berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi
orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan
duniawi sahaja.
12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih
baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung
menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja
pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan
pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan
orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak
dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya.
Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak
iatidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari
kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia
marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka
bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-
hatilah.
17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi
bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang
melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang
yang berharga.
18 – Hai anakku; bila engkau berteman,
tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu
daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang
lain keranaitu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada
urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau
diciptakan Allah (SWT) bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk
yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata- kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan
lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa
kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa
tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna
bagimu,janganlah mensia siakan hartamu.
23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan
disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi
racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor
tentuakan menyesal.
24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang
yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya
sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini
dengan cahaya
hikmah darimutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air
hujan.
25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.
Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti
engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya
janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya
yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau
bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan
dirimu.
Surah Luqman ( لقمان) ayat 16 - 19
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ
حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ
فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku,
sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk)
sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar
atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah
(untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus
pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. - See
more at:
http://azfar9897.blogspot.com/2011/10/pesanan-nasihat-terbaik-untuk-anak-anak.html#sthash.bRtEPKrn.dpuf
Surah Luqman ( لقمان) ayat 16 - 19
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ
حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ
فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku,
sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk)
sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar
atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah
(untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus
pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ
عَزْمِ الْأُمُورِ
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat
kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan
bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat
melakukannya. - See more at:
http://azfar9897.blogspot.com/2011/10/pesanan-nasihat-terbaik-untuk-anak-anak.html#sthash.bRtEPKrn.dpuf