Saturday, February 16, 2013

SANTAI DI BATU PAYUNG




CATUR MSSDT 2013



           CATUR MSSDT 2013

Pendaftaran . Peserta paling ramai dalam sejarah MSSDT . Seramai 200 orang penyertaan yang  terbahagi kepada 4 kategori.




Pertandingan yang kontroversi. Kita sering mencari kesalahan orang lain , tetapi satu jari tunjuk orang empat lagi tunjuk diri sendiri.



Bahagian sistem  fokus memasukkan data. tidak terlibat dengan pemarkahan hanya key in data mentah yang telah disahkan oleh arbiter.




Semakan dan pengesahan pendaftaran. Namun ada juga terdapat sekolah yang tidak akur dengan keputusan mesyuarat, menghantar nama melepasi tarikh  yang dipersetujui.



Terima kasih dan tahniah kepada semua nyang terlibat.

Saturday, February 2, 2013

Senamrobik 1M 1S 1M

Program Kementerian Pelajaran 1M 1S yang dilaksanakan serentak seluruh negara. Harapan aktiviti ini memberi ilmu dan manafaat kepada warga sekolah betapa cara hidup sihat sangat penting untuk kehidupan sepanjang hayat

Februari Mendatang

Lama tidak meneliti dan mengemas kini, maka banyak peristiwa berlalu pergi tanpa rakaman. Ada teman  yang telah mendahului penghijrahan  abadi  semoga mereka dirahmati . Bagi kita yang masih diberi kesempatan menghirup udara anugerah ilahi muhasabahlah diri sesungguhnya kita juga akan kembali kepadanya. Ya Allah kau ampuni dosa-dosaku yang sengaja dan tidak sengaja, sesungguhnya kau maha berkuasa dan maha pengampun

Amanah dan Tanggungjawab

Berkata benarlah walaupun pahit. Kadang2 kita berpura kerana mahu menjaga hati orang lain, sedangkan hati kita membara. Apakah pilihan sebagai ketua, berterus terang lebih baik ku rasa walaupun berbisa demi menjaga dan menyelamatkan maruah organisasi. Kita sering berkata itu ini , tetapi apabila kita berada di tempat tersebut baru kita faham . Menjaga yang banyak lebih baik dari satu , yang banyak lebih mudarat jika dibiarkan .Biarkan yang satu menjadi labu-labu ........

Friday, February 1, 2013

Muhasabah

Alhamdulillah masih diberi kesempatan menghirup udara segar. Sesungguhnya agak lama tidak melewati dan kemaskini peristiwa yang dilalui. Banyak yang berlaku berlalu pergi tanpa dirakam sebagai sejarah. Ada teman yang mendahului penghijrahan abadi, semoga mereka mendapat rahmat dan keampunan.. Bagi kita yang masih di sini perlu muhasabah sebelum dijemput pergi. Mudah-mudahan kita berada di bawah lindungannya. Ya Allak kau maha berkuasa dan maha pengampun , kau ampunilah dosa-dosaku yang sengaja dan yang tidak sengaja. Sesungguhnya aku hamba yang lemah dan lalai mohon perlindungan mu .