Saturday, February 2, 2013

Februari Mendatang

Lama tidak meneliti dan mengemas kini, maka banyak peristiwa berlalu pergi tanpa rakaman. Ada teman  yang telah mendahului penghijrahan  abadi  semoga mereka dirahmati . Bagi kita yang masih diberi kesempatan menghirup udara anugerah ilahi muhasabahlah diri sesungguhnya kita juga akan kembali kepadanya. Ya Allah kau ampuni dosa-dosaku yang sengaja dan tidak sengaja, sesungguhnya kau maha berkuasa dan maha pengampun

Amanah dan Tanggungjawab

Berkata benarlah walaupun pahit. Kadang2 kita berpura kerana mahu menjaga hati orang lain, sedangkan hati kita membara. Apakah pilihan sebagai ketua, berterus terang lebih baik ku rasa walaupun berbisa demi menjaga dan menyelamatkan maruah organisasi. Kita sering berkata itu ini , tetapi apabila kita berada di tempat tersebut baru kita faham . Menjaga yang banyak lebih baik dari satu , yang banyak lebih mudarat jika dibiarkan .Biarkan yang satu menjadi labu-labu ........

Friday, February 1, 2013

Muhasabah

Alhamdulillah masih diberi kesempatan menghirup udara segar. Sesungguhnya agak lama tidak melewati dan kemaskini peristiwa yang dilalui. Banyak yang berlaku berlalu pergi tanpa dirakam sebagai sejarah. Ada teman yang mendahului penghijrahan abadi, semoga mereka mendapat rahmat dan keampunan.. Bagi kita yang masih di sini perlu muhasabah sebelum dijemput pergi. Mudah-mudahan kita berada di bawah lindungannya. Ya Allak kau maha berkuasa dan maha pengampun , kau ampunilah dosa-dosaku yang sengaja dan yang tidak sengaja. Sesungguhnya aku hamba yang lemah dan lalai mohon perlindungan mu .


Thursday, January 31, 2013

CATUR MASSDT

Hari ini pertandingan catur MSSDT  bermula dugaan maha hebat bagi pihak penganjur .Keputusan mesyuarat telah dibuat tetapi tidak hormati. Apalah tujuan mesyuarat berjam-jam kalau keputusan tidak dihormati. Andai kita tidak patuh jangan penganjur hendak dipersalahkan. Janganlah kita menjadi ular oh ular kenapa kau makan aku .Semua kejadian berlaku atas kehendakNya jua. Jadikanlah sesuatu peristiwa satu pengajaran , andai dijadikan sejarah tanpa mengambil iktibar tidak membawa apa-apa makna.




Tuesday, November 13, 2012

AIDILADHA 2012






Ke Masjid Sembulan
Add caption

 Pemandangan di Asia City

Room 101
Hasil Seni 2D dari crome